Saturday 1 December 2012

Apa yang tertulis itu ...adalah yang terbaik buatku..



1972 mak bermimpi bertemu seorang  lelaki tua berjaggut dan berjubah putih...."nanti kau akan dapat anak perempuan nama yang sesuai untuk dia adalah siti......". Mak terbangun terasa perut mak sakit sikit....mak usap perut mak, malam ni malam jumaat aku ada air sembahyang tadi fikir mak,jadi mimpi tu mimpi ilham atau mainan tidur?
30 syaaban....mak sakit perut sejak malam lagi..."mak" panggil mak pada uwan "tolong cari kereta rasa mah nak beranak dah ni....
Alhamdulillah.....sampai di Hospital Besar Seremban mak selamat melahirkan aku....seorang bayi perempuan yang gemuk tetapi agak gelap warna kulit....uwan bersuara "kenapa anak kau ni mah macam ikan haruan dalam bondar"...
"tak pe mak...kecik lagi ni dah besar nanti comel lah tu"ucap mak pada uwan
" karia dah kena bagitau ke mak ,mah beranak ni"
"dah.....abang kassim kau tadi telegraf ke kem".
"mah mana uri budak tu mak nak bawa k balik ni..."
"yelah tadi mah tanya doktor tu buat-buat tak dengar....macamana ni mak"
Sampai sudah uri ku tiada...rupanya tahun tu ramai yang hilang uri anak-anak mereka selepas bersalin...mak bercerita dengan ku mungkin uri ku sudah dijual ke luar negara untuk syarikat kosmetik waktu itu....tapi waktu tu mereka redha je tak terfikir nak buat report polis ke nak saman hospital ke......suci dan lurus hati mereka waktutu kalau sekarang sorry lah ada yang masuk mahkamah tak pun masuk news satu malaya tahu kan kan.....


No comments:

Post a Comment